Pengurusan dan Penyelengaraan Turf Di Kelab Rahman Putra

Pengurusan dan Penyelengaraan Turf Di Kelab Rahman Putra

Pengenalan

Pada hari selasa, 28 ogos 2018. Pelajar diploma senibina landskap tahun akhir seramai 21 orang dibimbing oleh 4 orang guru pengiring dari Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan telah mengadakan siri lawatan selama dua hari ke Kelab Rahman Putra yang terletak di Sg. Buloh, Selangor. Kami memulakan perjalanan dari Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan pada jam 7 pagi dan tiba di Kelab Rahman Putra tersebut pada jam 2 petang. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Cik Farhana. Beliau merupakan seorang arkitek landskap yang bertugas di Kelab Rahman Putra tersebut.

Sejurus ketibaan dan disambut oleh beliau, kami digerakkan untuk memasuki padang golf tersebut bagi melihat serba sedikit kerja penyelengaraan yang dilakukan oleh para pekerja di situ. Beliau menerangkan banyak perihal tentang pengurusan dan penyelengaraan rumput turf samaada dari segi kaedah manual sehinggalah penggunaan jentera. Seterusnya kami dapat mencuba sendiri menggunkan kaedah penggunaan jentera yang ditujuk ajar oleh para pekerja Kelab Rahman Putra.

Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan dan penyelengaraan rumput turf dari segi penggunaan jentera dan sebagainya.

Kelab Rahman Putra ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong IX Sultan Azlan Shah pada 12 Hb Januari 1993. Kelab ini diambil nama sempena Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kelab ini juga merupakan kelab yang paling lama ditubuhkan berbanding kelab-kelab yang lain. Selain itu, yang menariknya disini ialah Kelab Rahman Putra ini berkeluasan 300 ekar dan mempunyai paling banyak kolam  tadahan bagi tujuan penyiraman menggunakan kaedah sprinkler.

Pengurusan dan penyelengaraan turf amatlah penting dalam menjaga mutu dan nilai estetika ruput turf itu sendiri. Dalam pengururusan dan penyelengaraan turf, Ianya merangkumi kerja-kerja seperti penyiraman,pembajaan,kawalan rumpai dan top dressing.

Objektif Lawatan

Mendedahkan kepada para pelajar berkaitan pengurusan dan penyelengaraan turf dengan 
    lebih sistematik dan efisien mengikut kaedah-kaedah yang digunapakai oleh pihak Kelab 
    Rahman Putra. Selain itu, Kelab Rahman Putra ini masih menggunakan cara manual dalam 
    penyelengaraan turf mereka di atas tanah berkeluasan 300 ekar.
Berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan dan penyelengaraan rumput turf diantara 
    para pelajar dan pensyarah bersama pihak Kelab Rahman Putra.
Dapat menggunakan kaedah penyelenggaraan menggunakan jentera.
Dapat merasai pengalaman 

Kerja- Kerja Penyelengaraan Di Kelab Rahman Putra :

1. Hollowtining



Kaedah hollowtining ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan pertumbuhan akar rumput turf. Ini kerana, perlaksanaan hollowtining ini dapat memberi pengudaraan yang efisien dalam penyelengaraan dan pengurusan turf agar rumput turf kelihatan lebih sihat dan subur. Selain itu, iainya dapat memberi nutrien kepada rumput turf sekaligus rumput turf dapat merebak dan tumbuh dengan lebih cepat dan cantik.

2. Pengumpulan sisa rumput



Kaedah pengumpulan bahan sisa rumput ini dilakukan sebaik sahaja kerja hollowtining selesai. Ini kerana sisa rumput akan keluar semasa proses hollowtining dilakukan. Sisa dikumpulkan menggunakan besi petak dan dimasukkan kedalam kereta sorong. Sisa ini kemudiannya diletakkan dikawasan yang berlubang ataupun dikomposkan kerana sisa ini mempunyai nutrien untuk rumput.

3. Pembajaan 




Di Kelab Rahman Putra ini, baja yang digunakan adalah baja organik dan bukan organik. Soil amendment iaitu zeolite granules dan vermiculite granules yang berwarna hitam bersaiz diantara 2mm - 3mm dan satu lagi seakan-akan jingga. Nilai pH pula diantara 8 - 8.5 . kedua-dua soil amendment ini ditaburkan menggunakan fertilizer spreader setelah proses hollowtining dilakukan.

4. Topdressing 



Topdressing merupakan aktiviti yang dilakukan selepas proses hollowtinning. Ini adalah kerana selepas proses hollowtinning, padang golf mempunyai lubang yang banyak pada permukaan rumput tersebut. Jadi, sedikit sebanyak proses topdressing dapat membantu menutup semula lubang yang terdapat pada permukaan dengan tanah yang mempunyai ruang pengudaraan yang lebih efisien. Topdressing juga membantu menaikkan tanah yang boleh menakung air. Jadi, rumput kurang mengalami serangan penyakit seperti kulat.

5. Brushing 



Brushing adalah merupakan proses akhir dalam aktiviti topdressing ini. Aktiviti brushing ini bertujuan untuk meratakan dan menipiskan pasir yang telah ditabur sebelum ini. Aktiviti ini juga adalah untuk memasukkan pasir ke dalam lubang yang telah dibuat semasa aktiviti hollowtinning.

Sistem pengairan 

Di Kelab Rahman Putra , terdapat banyak kolam. Kolam ini merupakan sumber air bagi sistem pengairan yang dipasang pada sekitar kawasan kelab tersebut. Sumber bagi kolam tersebut adalah dari air bawah tanah,hujan,lebihan siraman rumput dan longkang malahan sisa air dari tandasjuga digunakan. Kelab ini juga mempunyai 2 rumah pam air yang digunakan untuk mengalirkan air ke kawasan padang golf. Kaedah yang digunakan juga adalah manual. Ini kerana pekerja akan menghidupkan pam di rumah pam tersebut.

Perbincangan

Arkitek landskap iaitu Cik Farhana adalah merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan landskap di Kelab Rahman Putra ini menyatakan bahawa elemen landskap lembut yang sukar untuk dijaga ialah  elemen penutup bumi iaitu rumput turf. Tambahan lagi, kekurangan tenaga pekerja serta maklumat penjagaan rumput turf yang terhad menyukarkan proses pengurusan dan penyelengaraan  rumput turf. Selain itu juga segala perolehan maklumat daripada beliau sendiri adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri sepanjang mengendalikan landskap di Kelab Rahman Putra ini.

Kesimpulan 

Kesimpulan hasil daripada sepanjang lawatan kami ke Kelab Rahman Putra ini ialah lawatan seperti ini sangat baik dalam konteks bertukar-tukar ilmu dan menimba ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipelajari. Selain itu, aktiviti seperti ini amat digalakkan kerana para pelajar dan pensyarah dapat merasai pengalaman yang bermakna sepanjang menyertai lawatan sambil belajar ini.

Lampiran


Sesi mendengar taklimat oleh Cik Farhana.


Pemandangan kolam dan rumah pam di Kelab Rahman Putra










      

Catatan popular daripada blog ini

LANDSKAP TAMAN JEPUN

KONKRIT DALAM SENI BINA

LANDSKAP DI TAMAN CHINA