KONKRIT DALAM SENI BINA

KONKRIT DALAM SENIBINA



PENGENALAN KONKRIT
Ø konkrit adalah terdiri daripada campuran bahan-bahan simen,pasir,batu, dan air. ia dibancuh berdasarkan kadar bahagian simen,pasir dan batu mengikut nisbah yang tertentu supaya mendapat kekuatan konkrit yang diperlukan. nisbah bancuhan yang biasa digunakan adalah 1:2:4.

Konkrit  merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan. 

Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yangdihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya, cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan  untuk kerja-kerja pembinaan.

DEFINISI KONKRIT

Ø Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan . Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti . Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan .

SIFAT KONKRIT

Ø konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. sifat ini penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.
Ø konkrit tidak berkarat atau reput. ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain
Ø konkrit boleh dibancuh untuk dibentuk kan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan.
Ø konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

FUNGSI BAHAN
SIMEN
Simen bertindakbalas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponen-komponen konkrit. Terdapat pelbagai jenis simen seperti:


Ø Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan
Ø Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)
Ø Simen bewarna
Ø Simen cepat mengeras.



BATU-BAUR
Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam bancuhan konkrit. Ia biasanya dibahgikan kepada dua kumpulan:

Ø Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi 5mm. Ia boleh didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.
Ø Batu baur kasar: Saiznya antara 5 – 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari kuari.
Ø Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit

AIR
Air memainkan 3 peranan penting dalam kerja-kerja konkrit:

Ø Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.
Ø Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
Ø Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam simen untuk mengikat semua batu dalam bancuhan konkrit.

JENIS BINAAN

Ø planter box
Ø siar kaki
Ø kerusi taman
Ø Arca
Ø Kolam
Ø Tembok konkrit



FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI BANCUHAN KONKRIT

Ø kualiti bahan-bahan bancuhannya
Ø Nisbah yang biasanya digunakan (simen,pasir dan batu baur/kerikel) ialah 1:2:4,1:3:6,1:5:10
Ø cara mencampur dan mengangkut
Ø kualiti acuan yang digunakannya
Ø pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan
Ø pengawetan yang digunakan


JENIS-JENIS KONKRIT

konkrit biasa:
Ø konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi
Ø ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress)
Ø contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok, lantai atas tanah


konkrit bertetulang:
Ø konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempuyai tetulang keluli didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan
Ø ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4

konkrit tuang dahulu:
Ø konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan di bina di dalam bengkel atau tapak pembinaan dengan kualiti yang banyak
Ø teknik ini menjimat kan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik

konkrit tegas-dahulu :
Ø Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi
Ø Tetulang ini ditegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban yang lebih tinggi
Ø Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan 1 : 11 / 2 : 3,
Ø Ia boleh dihasilkan dengan dua cara :  i. Tegas dahulu (pretensioning)
                                                                 ii. Tegas kemudian

i. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
ii. Tegas kemudian (post- tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya. Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang, struktur kalis air, cerucuk dan sebagainya.

Konkrit ringan
Ø Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap udara (seperti CO2) supaya hasilnya lebih ringan.
Ø Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur yang tidak memegang beban.

KEBAIKAN KONKRIT

Ø Konkrit mengeras dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas di tempat yang basah.
Ø Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia juga tidak diserang anai-anai atau serangga lain.
Ø Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentuk kepada sebarang bentuk mengikut acuannya.
Ø Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
Ø Bahan-bahan untuk membuat konkrit mudah didapati dan murah.
Ø Tahan lasak
Ø Mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi terutamanya tegasan mampatan.


KEBURUKAN KONKRIT

Ø Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalahyang mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca,pengaratan dan cara pembinaannya.
Ø Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalanyang rapi dan kerja memunggah dapat dijalankan dengan mudah
Ø Masa yang terhad kerana perlu dihantar dalam masa 40 minit.
Ø Kuantiti yang di bawa terhad kerana menggunakan truck mixer.



KESIMPULAN
Ø Konkrit adalah sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia adalah kombinasi daripada simen dan agregat seperti pasir, tulang lancar dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah dengan jumlah pencampuran tertentu seperti yang ditakrifkan. Ini adalah salah satu pembinaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan dalam mana-mana projek pembinaan. Oleh itu, teknik-teknik yang digunakan untuk menghasilkan konkrit yang baik perlu difahami dan diberi perhatian yang teliti. Kualiti konkrit yang terhasil bergantung kepada kualiti bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu dan air, pencampuran, cara impregnasinya, mod pengangkutan dan cara pemadatan. Sekiranya bahan mentah yang digunakan tidak layak, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai kualiti yang rendah dan akan menyebabkan konkrit tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan harus diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat tamat pengajian yang telah ditentukan sebelum dapat digunakan untuk kerja pembinaan. Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, pembinaan agregat (biasanya batu dan pasir) dan air. Konkrit tidak kering kerana bercampur dan dituangkan. Air bertindak mengimbangi simen dalam proses kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen, yang mengeras, mengikat komponen lain pada masa yang sama dan pada akhirnya membentuk bahan seperti batu. Beton lebih banyak digunakan daripada bahan buatan manusia di bumi . Ia digunakan sebagai laluan pejalan kaki, memupuk struktur, prinsip, jalan, trek, struktur rel, dinding bata, dan asas bagi pagar, pagar, dan tiang.

Catatan popular daripada blog ini

LANDSKAP TAMAN JEPUN

LANDSKAP DI TAMAN CHINA