Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

KONKRIT DALAM SENI BINA

KONKRIT DALAM SENIBINA PENGENALAN KONKRIT Ø  konkrit adalah terdiri daripada campuran bahan-bahan simen,pasir,batu, dan air. ia dibancuh berdasarkan kadar bahagian simen,pasir dan batu mengikut nisbah yang tertentu supaya mendapat kekuatan konkrit yang diperlukan. nisbah bancuhan yang biasa digunakan adalah 1:2:4. Konkrit  merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen  dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.  Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam   sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang   digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah   difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yangdihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar